Prosedur Dalam Sesebuah Projek.
Peringkat pertama perjumpaan, pihak saya akan
menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam membuat renovation rumah,
iaitu renovation perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran ,Kemudian pihak kami akan mendengar apa yang diinginkan oleh pemilik rumah.Kami juga Akan Memberikan Pandangan dan menunjukkan contoh projek yang kami jalankan Sebelum ini.
semasa berada di rumah tersebut, pihak
saya akan mengukur ruang rumah yang hendak ditambah, terdapat syarat yang perlu
dipatuhi, antaranya. ruang yang hendak ditambah tidak melebihi 10 kaki dari
sempadan lot rumah, pencahayaan, pengudaraan dan lain lain perkara yang akan
diikuti.
Setelah selesai pebincangan mengenai bentuk rumah
yang hendak dilakukan renovation, dan pemilik rumah juga bersetuju untuk
melantik kami, kami akan berikan quotation yang dikenakan bagi perkhidmatan
ini, terdapat 3 peringkat bayaran iaitu
Peringkat pertama bayaran
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.
Peringkat kedua bayaran
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke-2 ini dilakukan
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke-2 ini dilakukan
Peringkat ketiga bayaran (final)
Peringkat ini adalah peringkat terakhir bayaran apabila pelan telah diluluskan
oleh pihak majlis. maka surat untuk memulakan kerja binaan boleh mula
dilakukan.
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik rumah
yang ingin lakukan renovation ialah
1-Bil cukai tanah / bil cukai pintu terkini.
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis berbentuk cek/bank Draf
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis berbentuk cek/bank Draf
Hanya 5 perkara diatas yang pemilik rumah perlu
sediakan, dan tidak perlu pening kepala memikirkan hal lain, kerana proses yang
lain kami yang akan jalankan, pemilik rumah hanya perlu sediakan 5 perkara
diatas sahaja
Ini bermaksud kos yang pemilik rumah yang ingin
buat renovation rumah ada 2 jenis iaitu
1-Bayaran khidmat saya
2- wang
cagaran majlis boleh dapatkan kembali setelah rumah selesai renovation dan
mengikut syarat yang dipatuhi
Bayaran perkhidmatan saya tertakluk pada jenis
rumah, jenis rekabentuk dan lain lain faktor, secara puratanya RM3k hingga
RM5k. jika ianya melibatkan pengesahan arkitek, murah sikit, tapi kalau
melibatkan jurutera, kena la tambah sikit. kalau sekadar tambah dapur belakang,
tambah depan sikit, ianya hanya melibatkan pelan arkitek, tapi kalau renovation
itu ditambah jadi 2 tingkat, ada flat roof maka pelan jurutera diperlukan.
Cagaran boleh dapatkan semua setelah rumah siap
dibuat renovation mengikut pelan. dalam masa renovation, pihak majlis akan
datang melawat, dan ianya bukanlah satu masalah. setelah siap renovation,
gambar rumah yang telah siap akan diambil dan ditunjukkan kepada majlis untuk
mendapatkan semula wang cagaran.
Setelah semuanya selesai,
pemilik rumah gembira, saya juga gembira. pihak saya yang terdiri dari arkitek,
jurutera, pelukis pelan, autority dan semua yang terlibat melakukan kerja
dengan jujur, pantas, cekap juga mengecapi kepuasan.
Assalam tuan. Rumah saya corner lot di Bakri Muar dan sy nak bina pagar batu. Binaan pagar ini kena kebenaran dari pihak majlis ke? Terima kasih. Wassalam
ReplyDelete