Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

welcome to Design A Venture Sdn Bhd. Here We Will Give Best service to all our customer. Please call us if you need our service. tq

Sunday, 19 February 2012

Rumah Paling Selamat

Gambar Rumah Paling Selamat Di Dunia | Pernah ke korang terfikir apakah rumah yang paling selamat di dunia ni? Apa? Rumah Perdana Menteri di Putrajaya? Itu rumah paling besar lah pandai :p. Pernah tak ni? Mesti tak pernah kan. Ni aku nak bagitau ada seorang arkitek dari Poland telah berjaya membina rumah paling selamat di dunia. Memang hebat la ilmu senibina dia ni. Rekabentuk atau design rumah ni menang banyak anugerah. Yang paling hebat dinobatkan sebagai calon untuk anugerah World Architecture Festival Award. Bukan calang-calang projek yang boleh jadi calon anugerah tersebut. Nak tahu kenapa rumah ini paling selamat di dunia. Ko tengok gambar-gambar rumah di bawah ni. Pastikan tengok sampai habis, sebab kat bawah sekali tu baru ko akan tahu kenapa rumah ni paling selamat. Cantik pun cantik, harga pun cantik gak aku rasa ehehe. P/S: Rumah yang kekal hanya syurga atau neraka. Renung-renungkan.
The Safe House, designed by Robert Konieczny from KWK Promes in Poland, is made to be the world’s most secure home. With moveable concrete walls that seal shut, making The Safe House impregnable, it’s little mystery where people is going to run when the zombie apocalypse happens. The 6100 sq. ft Safe House is encapsulated in concrete walls. The walls can be configured to the owner’s desire and once safe inside, only a security code can open the home that also has an inner safety zone.
The reason this private home is an architectural feat is that every part of it moves; the concrete walls, inner walls, shutters and aluminum entrance gate. Being so large, one might wonder how these huge panels of concrete are moved. It’s all remote controlled baby! The Safe House was just nominated for a World Architecture Festival Award so have a look at the fortress below and get more at the KWK Promes website. See photos until the end to know why this home is the world safest house. Enjoy!














Sumber: Worlds Safest Home via melayukini.net

Thursday, 9 February 2012

Proses Membuat Pengubasuaian Rumah


Prosedur Dalam Sesebuah Projek.

Peringkat pertama perjumpaan, pihak saya akan menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam membuat renovation rumah, iaitu renovation perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran ,Kemudian pihak kami akan mendengar apa yang diinginkan oleh pemilik rumah.Kami juga Akan Memberikan Pandangan dan menunjukkan contoh projek yang kami jalankan Sebelum ini. 

semasa berada di rumah tersebut, pihak saya akan mengukur ruang rumah yang hendak ditambah, terdapat syarat yang perlu dipatuhi, antaranya. ruang yang hendak ditambah tidak melebihi 10 kaki dari sempadan lot rumah, pencahayaan, pengudaraan dan lain lain perkara yang akan diikuti.

Setelah selesai pebincangan mengenai bentuk rumah yang hendak dilakukan renovation, dan pemilik rumah juga bersetuju untuk melantik kami, kami akan berikan quotation yang dikenakan bagi perkhidmatan ini, terdapat 3 peringkat bayaran iaitu

Peringkat pertama bayaran
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.

Peringkat kedua bayaran
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke-2 ini dilakukan

Peringkat ketiga bayaran (final)

Peringkat ini adalah peringkat terakhir bayaran apabila pelan telah diluluskan oleh pihak majlis. maka surat untuk memulakan kerja binaan boleh mula dilakukan.
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang ingin lakukan renovation ialah
1-Bil cukai tanah / bil cukai pintu terkini. 
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis berbentuk cek/bank Draf 

Hanya 5 perkara diatas yang pemilik rumah perlu sediakan, dan tidak perlu pening kepala memikirkan hal lain, kerana proses yang lain kami yang akan jalankan, pemilik rumah hanya perlu sediakan 5 perkara diatas sahaja

Ini bermaksud kos yang pemilik rumah yang ingin buat renovation rumah ada 2 jenis iaitu

1-Bayaran khidmat saya
2-  wang cagaran majlis boleh dapatkan kembali setelah rumah selesai renovation dan mengikut syarat yang dipatuhi

Bayaran perkhidmatan saya tertakluk pada jenis rumah, jenis rekabentuk dan lain lain faktor, secara puratanya RM3k hingga RM5k. jika ianya melibatkan pengesahan arkitek, murah sikit, tapi kalau melibatkan jurutera, kena la tambah sikit. kalau sekadar tambah dapur belakang, tambah depan sikit, ianya hanya melibatkan pelan arkitek, tapi kalau renovation itu ditambah jadi 2 tingkat, ada flat roof maka pelan jurutera diperlukan.


Cagaran boleh dapatkan semua setelah rumah siap dibuat renovation mengikut pelan. dalam masa renovation, pihak majlis akan datang melawat, dan ianya bukanlah satu masalah. setelah siap renovation, gambar rumah yang telah siap akan diambil dan ditunjukkan kepada majlis untuk mendapatkan semula wang cagaran.
Setelah semuanya selesai, pemilik rumah gembira, saya juga gembira. pihak saya yang terdiri dari arkitek, jurutera, pelukis pelan, autority dan semua yang terlibat melakukan kerja dengan jujur, pantas, cekap juga mengecapi kepuasan.

Sunday, 29 January 2012

Selamat Datang Ke Design A Vanture

Design A Vanture Sdn Bhd terletak di Kawasan Bukit Gambir Muar, Di Design A Vanture Sdn Bhd kami menyediakan perkhidmatan merancang pembangunan perumahan, membuat Pelan Renovate Rumah, Pelan Bunglo, Dan apa - apa yang berkaitan. Disini kami akan memudahkan proses untuk mengubahsuai rumah kediaman , kedai mahupun pejabat dari segi ukuran tapak, lakaran pelan, kelulusan arkitek dan kelulusan majlis daerah yang berkaitan, sehingga la projek yang anda inginkan siap sepenuhnya.

Kawasan Utama tumpuan kami adalah Bukit Gambir, Tangkak, Pagoh Dan Labis. Bagi Kawasan Luar dari itu kami juga mengalu-alukan kedaangan anda di pejabat kami yang terletak di bukit gambir.